Monday 21 January 2013

Promosi Last Minute 2013

HURRY UP !!!

Kami masih mempunyai beberapa slot pada tarikh tertentu pada tahun ini bagi sesiapa yang masih tercari-cari katering untuk majlis perkahwinan dan kali ini PROMOSI ini lebih gempak + MURAH...

sila hubungi saya untuk keterangan lanjut,
call, sms, wutsapp : 012-3864551

Sunway, Petaling Jaya : Perkahwinan Malam


Kulai, Johor : Pasangan Kembar Naik Pelamin (2000pax)






 
 

Sunday 8 July 2012

Memeriahkan Suasana Majlis Perkahwinan Anda


 "Best Nyerrr Kenduri Kahwin Ko, Ada Klas !!!"

kan best kalau semua orang yang datang majlis kahwin kita cakap macam tu.. Actually sapa yang tanak ada majlis kahwin yang perfect.. lagi la pulak kahwin ni seumur hidup sekali je.. ye ke???hehehe... hopefully la kan..

So, nak membantu uols semua ni nak try dapatkan majlis idaman yang konon diimpikan..hehe..saya try bagi gambaran apa yang perlu ada okeh..

Perkara Basic
1.  Makanan & Minuman - Zaman moden nyah tak payah nak sepahkan rumah..panggil catering sudehhh..untuk dapat menu makan yang sedap, menarik dan bergaya boleh tempah kat sini ---> MayLasH Catering
 
2.   Persiapan Tempat Makan - Kalau uols buat majlis kat dewan, kenalah ingat nak tempah sewa dewan awal-awal..kalau lambat kang penuh..kalau buat kat rumah or taman ke, kena la tempah kanopi..ingat kanopi ni ada banyak jenis juga..tengok la nak glamor mane majlis tu..jangan lupa kerusi meja  tetamu tau..
 
3.   Meja Makan Pengantin - Meja makan pengantin ni atau ada setengah orang panggil meja makan beradap ni penting tau..nak hias macam mana? menu pengantin yang menarik contoh udang panjat, ayam golek, ikan, buah bla bla bla bla..huhu
 
4.   Pelamin - ahah..ni yang menarik ni sebab kita tanak la pakai pelamin zaman dulu-dulu di zaman moden ni..hehe..cube berimaginasi nak pelamin macam mana tapi kena lah kena dengan tempat dan keluasan..contoh kalau nak buat kat dalam rumah agak-agak ruang tu tak besar jangan la berangan nak pelamin besar sampai 4-6 panel.. Kalau kat dewan tak banyak masalah sebab ruang memang luas..tapi kalau rumah, uols ada pilihan nak pelamin kat dalam rumah atau kat kanopi juga..hurm.. 
 
5.   Hantaran - Pengantin oiiii, jangan berangan uols boleh buat hantaran sendiri..kelam kabut nanti..upah ler orang..cakap nak macam mana, rupa mana..senang boleh tempah kat ---> MayLasH Creative
 6.   Baju - Nak kawin baju mesti pentingkan..tak kan nak biarkan tetamu lebih menyerlah.. ada setengah orang suka pakai gaun sebab nampak moden, ada yang lebih nak tradisi boleh pakai kebaya moden.. actually baju kahwin sekarang ni ada banyak fesyen tau..pilih jangan tak pilih..
 
7.   Make up Artis - kalau zaman dulu orang panggil mak andam datang umah make up..zaman sekarang, orang nak jimat sangat suka make up kedai je..tapi kan saya lebih suka macam orang dulu-dulu..mak andam ada sepanjang  majlis..boleh touch up dan tukar baju kalau nak..
 

Perkara Tambahan
1.   PA system - untuk memeriahkan majlis kena ada music, lagu..nak karoke ke..pasang lagu kahwin ke
 
2.   Host - Pengacara majlis penting supaya majlis teratur tersusun dan mengelakan kelam kabut.. yang penting pengantin kena la bincang dengan pengacara majlis tu acara atau tentative majlis.
 
3.   Kompang - lebih merriah kalau ada team kompang join tapi kalau nak jimat bole pasang lagu kompang je..tapi kurang menarik sikit la.
 
4.   Penari/ Pesilat - kalau ikut adat biar ada pesilat, kalau ikut tren penari tradisional pon menarik. biasa orang amik penari zapin la..
 
5.   Penyanyi - Ikut suka u la..hehe..ada nak glamor panggil artis nyanyi, ada yang panggil penyanyi biasa, ada yang nak lebih islamic panggil kumpulan nasyid..
 
6.   Flower Girl @ Bridesmaid - dalam melayu dayang-dayang le tu.. ada orang suka budak-budak iring, ada nak kawan-kawan yang iring..ada nak dua-dua sekali..tapi penting nak tau apa baju mereka nak pakai..pikir-pikir
 
7.   Photo Booth - ni semakin tren sekarang, letak photo booth tempat orang ramai mengabadikan photo atau pengantin nak show photo mereka.menarik..saya ada banyak idea nih...
 
8.   Candy Buffet - kanak-kanak tak dilupakan.. candy buffet ni buat anak-anak tak memekak asik nak balik je..tapi make sure ada adult yang jaga meja ni..kang ada terbalik diorang rebut-rebut..
 
9.   Door Gift - banyak pilihan door gift ni. Daripada makanan, buku, bunga, dan macam-macam..ikut budget u la..
 
10.  Wish Tree/Book - tempat tetamu nak tulis ucapan dan pengantin boleh simpan sampai tua.
 
11.   Meja Pendaftaran - ceh bunyi macam hapa je nak daftar bagai.. bukan daftar la, nak lebih proper je..boleh bagi door gift kat sini tapi kalau majlis kat dewan yang memang tetamu terhad kena la ada list jemputan juga...paham-paham la..

Sebenarnya banyak lagi benda kita boleh buat nak meriahkan suasana majlis..Majlis kita, kita yang tentukan okehh..
Perlukan bantuan hubungi saya segera okehh..bubbye... 

Thursday 21 June 2012

Gambar Kenangan Majlis Terdahulu

Ahahaha..angkara korek-korek isi perut laptop ni tertibe terjumpa pulak gambar lama masa buat katering majlis perkahwinan dulu-dulu..hihi..lama gambar ni bersembunyi ye..ni nak upload gambar yang dah jumpe..kang kalo jumpa lagi gambar lain saya tambah la yerk..choww...